Jumaat, 25 April 2014

BLACK FOREST CAKE








Inilah antara cake black forest yang Kak Ros buat untuk seorang kawan yang bakal melahirkan baby. Nasib sempat merasa, Alhamdulillah..

Khamis, 24 April 2014

KEK ANGRY BIRD

Assalamualaikum,

Kali ni , k.ros buatkan kek angrybird utk anak bungsu, hidayah , 5 tahun.Sebenarnya birthday nya lambat lagi , bulan july nanti , tapi sebab dah tak sabar-sabar nak sambut birthday k.ros buatkan je lah, layan jelah....Hari-hari dia tanya dah bulan july ke belum,oleh kerana dah tak larat melayan pertanyaannya , maka terhasillah kek angry bird ni....


Happy birthday Hidayah, mama doakan moga hidayah jadi anak yang terbaik , hafiz , alim dan soleh.Harapan mama juga agar hidayah berjaya dunia dan akhirat.Amin...










Inilah gambar Hidayah dan anak-anak Tadika Waldan. Seronok sangat anak-anak ni dapat makan kek angry bird, ada yang terlompat-lompat dan ada yang tak nak duduk lagi dah sebab dah tak sabar nak makan kek.Alhamdulilah diorang makan bertambah-tambah , berbaki sikit je.Kek ni kek butter yang kak ros lapik dua supaya besar dan banyak, berat pun 2 kilo lebih.Terima kasih anak-anak kerana memeriahkan lagi majlis ini.Terima kasih juga pada cikgu-cikgu tadika, cikgu Sha, cikgu Mar dan cikgu Maz kerana mengizinkan k.ros mengganggu seketika waktu pembelajaran.Terima kasih semua.....








Rabu, 9 April 2014

KEK JDT





Assalamualaikum,

Kek Edible Image untuk anak kak ros yang ke empat, semangat JDT! Happy birthday Hafiz! Moga jadi anak yg hafiz, alim dan soleh, dan berjaya dunia akhirat.Amin....Kek Blue Velvet, dah tentu ada kelainannya dari red velvet dan yang pasti memang sedap.


Isnin, 7 April 2014

BROWNIES



Assalamualaikum! 

Ini Brownies yang Kak Ros buat untuk anak Kak Ros yang duduk madrasah tu.

Moist.
Chocolatey.
Nutty.
Perfect.


KEK LAPIS BETAWI





KEK LAPIS NENAS



KEK OPERA






KEK LAPIS CADBURY





PINK AND PURPLE




Assalamualaikum!

Kek ni kek strawberi yang dihias dengan tema "Pink n Purple" as requested untuk Hari Jadi kesembilan anak kepada kawan Kak Ros, Humaira! Biasalah, budak baru berumur 9 tahun kan? Baru nak menginjak usia remaja, baru nak pandai melawa, nak mekap-mekap. Eh. Haha. Mengata orang pula. Anak-anak perempuan Kak Ros pun semuanya macam tu jugak! So, inilah dia hasilnya! Tadaaaa! Makcik doakan Humaira jadi anak yang soleh ya. Cantikkan akhlak, Insya Allah berjaya dunia dan akhirat.


KEK INDULGENCE









HANTARAN PERKAHWINAN








Assalamualaikum!

Kali ni Kak Ros nak tunjukkan si hijau kuning Kek Lapis Durian macam dalam gambar di atas. 
Ceritanya begini.
Pada mula-mulanya Kak Ros buat kek ni sebagai hadiah pertunangan anak saudara Kak Ros, Maisarah. Tapi tup-tup dijadikannya pulak hantaran! 
Memang tak sangka Kak Ros! Apa-apa pun rezeki itu datang daripada Allah. 
Alhamdulillah, terima kasih buat keluarga Sarah dan tunangnya. Moga kalian kekal bersama hingga ke akhirat.

Amin.


KEK RED VELVET





BLUEBERRY CAKE













OREO CHEESECAKE