Khamis, 24 April 2014

KEK ANGRY BIRD

Assalamualaikum,

Kali ni , k.ros buatkan kek angrybird utk anak bungsu, hidayah , 5 tahun.Sebenarnya birthday nya lambat lagi , bulan july nanti , tapi sebab dah tak sabar-sabar nak sambut birthday k.ros buatkan je lah, layan jelah....Hari-hari dia tanya dah bulan july ke belum,oleh kerana dah tak larat melayan pertanyaannya , maka terhasillah kek angry bird ni....


Happy birthday Hidayah, mama doakan moga hidayah jadi anak yang terbaik , hafiz , alim dan soleh.Harapan mama juga agar hidayah berjaya dunia dan akhirat.Amin...










Inilah gambar Hidayah dan anak-anak Tadika Waldan. Seronok sangat anak-anak ni dapat makan kek angry bird, ada yang terlompat-lompat dan ada yang tak nak duduk lagi dah sebab dah tak sabar nak makan kek.Alhamdulilah diorang makan bertambah-tambah , berbaki sikit je.Kek ni kek butter yang kak ros lapik dua supaya besar dan banyak, berat pun 2 kilo lebih.Terima kasih anak-anak kerana memeriahkan lagi majlis ini.Terima kasih juga pada cikgu-cikgu tadika, cikgu Sha, cikgu Mar dan cikgu Maz kerana mengizinkan k.ros mengganggu seketika waktu pembelajaran.Terima kasih semua.....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan