Kali ni, kita akan berkongsi
resepi Cherry Scones, barangsiapa yang
ingin mencuba silakan!
BAHAN-BAHAN
·
225g @ 2 cawan raising flour
· 1 tbsp caster sugar
·
secubit garam
·
75g @1/3 cawan butter cut
into small pieces
· 40g chopped cherries
·
40g raisin
·
1 telur dipukul
·
50 ml@ 1/4 cawan susu
CARA-CARA
·
Mula-mula ,seperti biasa ayak tepung, gula dan garam ke dalam
mangkuk.
·
Gentelkan butter dengan jari ke dalam adunan
tepung sampai menjadi breadcrumbs.
·
Masukkan cherries, raisins
dan telur yang dah dipukul tadi.
·
Simpan 1 tablespoon milk
untuk glazing, yang selebihnya masukkan
ke dalam campuran tadi.
·
Uli sampai jadi doh.
·
Canai doh dan tekap dengan acuan bulat setebal 1 inci .
·
Jangan nipis sangat nanti bentuk tak cantik.Untuk acuan, saya guna
tutup botol susu anak saya je!
·
Letak atas dulang yang dah digrease.
·
Sebelum tu, jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu. Kejap je masaklah. Dah siap, sedap dimakan
waktu panas!
Resepi ini saya ambil
daripada buku yang bertajuk "Baking". Buku ni saya beli pada tahun 2001.
Harga pun murah je, 99 pence di Leeds, England. Kira lelong lah!
Selamat mencuba, ya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan