25 Jun 2013
Tempahan Raya Kick
Start!!
Assalamualaikum! Hari
ini dah mula busy sangat sebab Dina
dan Kak Ros dah start layan tempahan
raya! Hehehe takut tak terbuat je. Order...order..order...
Tempahan masih lagi
dibuka kalau kalian nak buat tempahan. Rasanya minggu 1@2 kami dah tutup
tempahan ya! Tak payah tamak, janji kita enjoy
raya dan ada masa yangg cukup untuk buat preparation
Aidilfitri nanti.
Tada!! Kek Buah Kukus
dan Kek Lapi Asam Manis membuka tirai kesibukan kami untuk tempahan Raya 2013!
Kek Kukus Buah
|
Kek Lapis Asam Manis
|
Terima kasih semua! ~
Dina, 25 Jun 2013
5 Julai 2013
Assalamualaikum..
Walaupun kami dah
start baking untuk tempahan raya, tetapi kami masih lagi menerima order yang bagi kek yang nak
dimakan sebelum raya a.k.a time puasa.Hmmmm...takpa kami buat juga!
So hari ni buat 3
biji whole cake untuk diposkan hari Isnin nanti iaitu si purple Blueberry, merah kuning Cadbury and Coklat Keju (my fav!)
Tempahan untuk raya
pun masih masuk lagi. Kalau nak tempah jangan lambat ek! Nanti kami tak boleh buat
kami bagi je apa stok yang ada.
Thanks, ~ Dina, 5 Julai 2013
Alhamdulillah, sekian
lama sudah tak membuat Winter Sonata ni. Akhirnya ada pula customer call dan membuat
tempahan. Sebetulnya si Winter Sonata ni sangat sedap.Hmmm.. kenapa agaknya Dina
malas nak buat..? Sebab sangat leceh. Kek lapis Winter Sonata ni dikategorikan
sebagai kek yang heavy dengan chocolate dan proses mengadun juga memakan
masa yang lebih lama daripada kek lapis biasa. Chocolate yangg Dina pilih sudah semestinya Dark Chocolate Le Bourne. Then
every layer kita parut pula white chocolate. So bila sudah dipotong
kalian akan nampak rintik-rintik coklat putih tu. Sedap!
Winter Sonata: the making.
|
Winter Sonata: Side view
|
Winter Sonata: Top view
|
Masa tengah bake kek
lapis ni, siap-siap keluar dari ketuhar je, tergedik-gedik lah kami mengambil
gambar. Mana taknya, sebab dah lama kami tak buat! Hmmmm.. nampaknya raya ni
kena la buat lagi sebab kepingin sangat nak rasa :P!
~Dina, 5 Julai 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan