Sabtu, 15 Februari 2014

CONTINENTAL CAKES


Salam kepada rakan-rakan sekalian! Kali ni Kak Ros rasa begitu teruja untuk share resepi kek yang rasanya begitu sedap dan mudah dibuat. Keempat-empat kek ni dah lama Kak Ros buat, cuma baru sekarang ada masa untuk share bersama. Rasanya kalau ada rakan-rakan yang sering berkunjung ke kedai kek 'Season' mesti pernah nampak kek seperti di atas kan?






Okay. Untuk permulaan, Kak Ros akan start dengan kek Black Forest. Basic kek ni sponge cake je.Tapi ada beberapa resepi  sponge cake yang boleh kita cuba. Untuk kek Black Forest biasa, kita gunakan sponge cake coklat. Kak Ros akan sertakan 2 resepi sponge cake , bolehlah  cuba resepi mana-mana sponge cake yang kalian rasakan lebih bagus. Tapi kalau ikut Kak Ros, Kak Ros lebih sukakan resepi sponge cake  yang menggunakan tepung Optima, sebab lebih spongy. Okay ni dia resepinya:

RESEPI SPONGE CAKE



RESEPI 1

375 gm tepung optima
5 biji telur gred A
75 gm air
75 gm butter @ minyak jagung.

CARA-CARA

1) Pukul tepung Optima, telur dan air hingga gebu. Gunakan high speed. Biasanya tak lama , dalam 7-8 minit je. Lepas tu boleh perlahankan mixer.

2) Kemudian masukkan minyak jagung. Gunakan low speed untuk 1-2 minit je. Kalau nak kacau guna sudu pun boleh. Penting untuk tidak menggunakan high speed dan tidak terlebih pukul, sebab nanti sponge cake bantat. Itu tipsnya ya. Kalau nak buat chocolate sponge cake , minyak jagung tu kita campur dulu dengan chocolate emulco 1 tbsp dan serbuk koko 1tbsp. Kacau, lepas tu baru masukkan dalam campuran tepung. Kalau nak buat sponge cake pandan pulak, guna perasa dan pewarna pandan. Senang je kan?

3) Bakar dalam oven. Biasanya lebih kurang 45 minit je. Tapi lain oven lain waktu yang diperlukan. Jadi kita kena biasakan diri dahulu dengan oven yang kita gunakan.


RESEPI 2

5 biji  telur gred A
125 gm gula castor
1 tsp esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum - diayak
20 gm serbuk koko - diayak
1 tsp baking powder
70 gm mentega - cairkan 



CARA-CARA



1)  Campurkan gula, telur, ovalette, vanila , air, tepung, serbuk koko dan baking powder.



2)  Putarkan semua bahan hingga ringan dan kembang.



3)  Masukan mentega cair dan kacau dengan spatula saja.



4)  Masukan dalam loyang dan bakar.




BLACK FOREST



1)  Bila sponge cake dah siap, bahagikan kek kepada tiga bahagian. Kalau nak mudah, gunakan je cake leveller yang  boleh didapati di kedai kek.



2)  Lupa pulak Kak Ros. Sebelum bahagikan kek tu, kita kena sediakan dulu fresh cream @ whipping cream. Untuk satu kek bersaiz 9 inci, kita perlukan  lebih kurang 300ml whipping cream yang diputar sehingga menjadi krim.



3) Sebelum menyapukan krim pada kek, siram dahulu jus pitted cherry kat atas kek supaya kek lembap. Lepas tu, baru lah sapukan krim. Kemudian, susun pitted cherries di atas kek. 



*Haa, siapa yang tak tahu pitted cherries tu apa?
- Pitted Cherries ni ialah buah ceri yang telah dikeluarkan bijinya. Biasanya dah ada jual dekat kedai kek.

4) Seterusnya, buat yang serupa untuk lapisan yang lain-lain.



5)  Untuk topping pulak, letak juga jus pitted cherries kat atas. Kemudian bubuh krim dan ratakan krim supaya nampak cantik. Akhir sekali, bolehlah hias kek seperti di atas. Nah, dah siap. Senang je kan?









FLAN FRUIT CAKE



Daripada keempat-empat kek yang disenaraikan di atas , Kak Ros  paaaling suka kek yang ni! Tak tahulah kenapa, tapi bagi Kak Ros, kek yang ni memang sedap. Ini dia resepinya:

Untuk kek yang ni, kita perlukan vanilla sponge kek sebagai base  dia.

1)  Bahagikan kek kepada 3 bahagian, sama seperti langkah penyediaan kek Black Forest yang sebelum ini. Sediakan juga whipping cream ya. Tapi kali ini, Kak Ros gunakan air gula @ jus buah pic untuk disiramkan ke atas kek itu sebelum krim disapukan. Kalau nak guna air gula, langkahnya ialah sediakan 1/2 cawan gula dan larutkan dalam 2 cawan air suam. Kemudian baru siram di atas kek.

2)  Seterusnya, sapukan cream dan letak buah-buahan seperti strawberi, kiwi dan tinned peaches yang dipotong dadu @ kecil. Taburkan buah-buahan di atas kek. Terpulanglah kalian nak bubuh banyak mana!

3) Buat perkara yang sama kepada lapisan yang lagi satu.

4) Kemudian, untuk topping pula, siramkan juga jus buah pic @ air sirap gula. Lepas itu, baru salut keseluruhan kek dengan fresh cream. Seterusnya hiaslah kek macam kat atas ataupun mengikut kreativiti masing-masing.

5) Bila dah susun buah cantik-cantik di atas kek, sapukan dengan instant jelly supaya buah nampak berkilat dan cantik! 
*Resepi instant jelly seperti di bawah:

5g @ 1 tbsp instant jelly
100 g air
-          Campur dan kacau kedua-duanya. Kemudia sapu pada buah-buahan.











BLUEBERRY CAKE
 
Untuk kek yang ni pula , kita perlukan vanilla sponge cake seperti tadi. Bahagikan kek kepada 3 bahagian.

1)  Untuk lapisan pertama, basahkan kek dgn air sirap gula ( cara membuat sama seperti di atas). Kemudian  lapis dengan whipping cream. Lepas tu letaklah blueberry filling.

2)  Buat perkara yang sama untuk lapisan kedua.

3)  Untuk topping, siramkan air sirap gula dan salut kek dengan whipping cream. Simpankan sedikit whipping cream untuk hiasan di tepi kek ya!

4)  Untuk hiasan seperti dalam gambar, letakkan blueberry filling di tengah-tengah kek dan sediakan sedikit coklat yang telah dicairkan menggunakan kaedah double boiler. Masukkan coklat dalam kon plastic dan potong sedikit hujungnya. Jgn potong besar sangat, nanti tak cantik! Hias seperti dalam gambar.

5) Kemudian gunakan nozzle bersaiz 19 untuk menghias lebihan whipping cream tadi. Dah siap! Mudah sangat kan?














TOFFEE BANANA CHOCOLATE CAKE.



Untuk kek ni, masih juga seperti kek-kek di atas. Kalian perlu bahagikan kek kepada 3 bahagian terlebih dahulu.

1)  Untuk lapisan pertama, basahkan kek dengan air sirap gula. Kemudian, sapu krim. Susun pisang yamg telah dihiris nipis di atas krim tersebut. Untuk pisang ni, sebaik-baiknya kita gunakan pisang berangan. Pisang tu hendaklah dicelur dahulu dalam air yang betul-betul mendidih selama lebih kurang 1 @ 2 minit. Tujuannya ialah supaya pisang tidak lebam bila kita belah.

2)  Buat perkara yangg sama utk lapisan ke 2.

3)  Untuk topping pula, siramkan sirap gula dahulu. Kemudia cover kek dengan krim. Simpan kek tu dalam peti ais dulu. Sementara tu kita sediakan topping @ ganache coklat untuk bahagian atas kek. Untuk pengetahuan kawan-kawan, whipping cream @fresh cream ni kena simpan dalam peti ais, sebab ianya agak sensitif sikit dengan cuaca panas.

5)  Untuk ganache coklat, campurkan 250gm whipping cream dan 300 gm coklat. Cairkan kedua-duanya  dengan menggunakan kaedah double boiler dengan api yangg sederhana. Sambil tu, kacau perlahan-lahan ya, jangan tinggalkan! Tak perlu tunggu hingga menggelegak, asal dah cair je, kira OK lah tu.

6)  Lepas itu campurkan 60gm butter dan kacau lagi. Penting ya untuk masukkan butter paling akhir sekali sebab kalau campur sekali dengan coklat dan whipping cream, takut ganache jadi terlalu berminyak. Itu tips yang penting ya, ingat tu!



OKlah, Kak Ros dah senaraikan resepi keempat-empat continental cakes yang tertera dalam gambar. Selamat mencuba kepada rakan-rakan! Jika sekali buat tak menjadi kena cuba lagi, terutama sekali bab teknikal, iaitu menghias kek. Mungkin decoration kali pertama tak menjadi, jadi cuba lagi. Kemahiran tu akan datang dengan sendiri, Insya Allah. Tapi everything needs practice to be perfect. Sekian dulu.



1 ulasan:

  1. topping coklat tu tuang atas kek masa panas ye kak?

    BalasPadam