BAHAN-BAHAN
Base
·
225g Dark Chocolate Digestive Biscuit.(Tapi kalau biskut ni susah
nak dapat, boleh digantikan dengan biskut Mary yang senang dibeli di kedai. Kalau
ada sesiapa yang dah mencuba dan menjadi, bagitau Kak Ros ya!)
·
50g @ 4tbsp butter
Filling
·
3 kuning telur
·
50g @ 4 tbsp gula kastor
·
4 tbsp tepung jagung
·
600 ml @ 2 1/2 cawan susu
·
100g dark chocolate,
dicairkan
Meringue
·
2 putih telur
·
100g@7 tbsp gula kastor
·
1/4 tsp vanila.
CARA-CARA
Base
·
Letak biskut dalam beg plastik dan hancurkan, tak kiralah nak
tumbuk dengan lesung batu kea tau rolling
pin.
·
Masukkan dalam mangkuk.
·
Cairkan butter dan
campurkan dengan biskut yang dah dihancurkan tadi.
·
Gaulkan sehingga sebati.
·
Masukkan dalam bekas pie
atau apa-apa bekas acuan yang bulat.
·
Tekan supaya keras dan padat.
Filling
·
Pukul kuning telur, gula kastor dan tepung jagung dalam satu
mangkuk yang lain sampai sebati.
·
Kalau perlu, tambah sedikit susu takut bergentel.
·
Panaskan susu, tetapi tak perlu sampai menggelegak dan tuangkan ke
dalam mangkuk yang berisi putih telur, gula kastor dan tepung jagung.
·
Kacau sebentar, kemudian letakkan di atas dapur dan masakkan dengan
api yang sederhana, macam kita masak custard
tu!
·
Api jangan besar ya! Sambil tu, campurkan dengan coklat yang telahpun
dicairkan terlebih dahulu. Kacau sampai likat dan pekat.
·
Tuang ke atas acuan biskut
yg telah kita tekankan tadi.
Meringue
·
Putarkan putih telur di dalam mangkuk sehingga dapat berdiri in soft peak.
·
Kemudian campurkan 2/3 daripada gula kastor dan pukul lagi sampai dia stiff dan glossy.
·
Kita akan nampak warnanya putih cantik dan berkilat.
·
Campurkan semua gula dan vanilla dan pukul.
·
Telur kena betul-betul kembang agar kelihatan agak keras skit.
Kemudian sapukan meringue di atas filling. Ratakan dengan
beakang sudip agar kelihatan kemas dan menarik.
Masukkan ke dalam oven yang telahpun dipanaskan terlabih
dahulu sampailah meringue berwarna
keemasan. Itu tandanya meringue tersebut dah masak! Sejukkan sekejap.
Kalau nak lagi bagus,
masukkan ke dalam peti sejuk supaya bila kita potong nanti, bentuknya cantik
dan sejuk je masuk dlm tekak.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan